First Ambulance Sdn Bhd dan YTL Communication bakal melancarkan ambulans 5G pintar pertama di Malaysia bagi membantu rakyat mendapatkan perkhidmatan kesihatan yang terbaik.<br /><br />Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata, jalinan kerjasama ini selari dengan visi Kementerian Kesihatan untuk menambah baik kecekapan dan kualiti perkhidmatan kecemasan bagi kesihatan di Malaysia.
